PORT DICKSON – Kumpulan Syarikat Ehsan bakal membuka dua buah hotel baharu untuk meluaskan rangkaian pasaran dan mengukuhkan kedudukannya dalam industri perhotelan negara.Pengerusi merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Ehsan, Datuk Abdul Hamid P.V. Abdu berkata, melihat kepada proses pemulihan dalam sektor pelancongan semakin baik seiring pembukaan sempadan negara pada awal bulan ini, pihaknya optimis terhadap perkembangan industri berkenaan.
Menurut beliau, kumpulan akan terus memberi tumpuan untuk memperbaiki dan menaik taraf kemudahan bagi meningkat keyakinan pelanggan untuk berkunjung ke hotel-hotel milik Ehsan.
Buat masa ini, Kumpulan memiliki hotel di Port Dickson, Pulau Pinang dan Langkawi.
“Dalam fasa peralihan ke endemik ini, sudah tentu kami mula memberikan lebih fokus kepada sektor pelancongan dan hospitaliti seperti di taman tema iaitu Ehsan Water Park di Pasir Panjang, Port Dickson dan Hotel Ehsan Seaview, Port Dickson selain sebuah hotel masing-masing di Pulau Pinang dan Langkawi.
“Kami sedang dalam perbincangan untuk membina dua buah hotel lagi dan juga sedang melihat potensi pelancongan di Terengganu serta beberapa lokasi lain mengambil kira sempadan negara yang telah dibuka sejak 1 April lalu,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Jelajah Ihya Ramadan Ehsan anjuran Kumpulan Syarikat Ehsan di sini baru-baru ini.
Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Palong, Mustapha Nagoor dan Ketua Pegawai Eksekutif Human Resource Development Corporation (HRDCorp), Datuk Shahul Hameed Dawood.
Sementara itu, Abdul Hamid berkata, melihat kepada pertambahan kunjungan orang ramai ke taman tema dan hotel milik syarikat, pihaknya telah mengambil seramai lebih 100 orang pekerja baharu,” katanya.
Sementara itu, seramai 3,500 anak yatim, asnaf dan golongan memerlukan di seluruh negara telah mendapat manfaat daripada Program Jelajah Ihya Ramadan Ehsan.
“Kami menyumbang sebanyak RM100 hingga RM150 setiap seorang termasuk bakul makanan selain kupon berbuka puasa.
“Ini merupakan salah satu program tanggungjawab sosial korporat untuk membantu golongan yang memerlukan di seluruh negara,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE
PORT DICKSON: Menyambut saranan supaya pihak hotel tidak menawarkan harga tinggi bagi bufet berbuka puasa sepanjang Ramadan, sebuah hotel di daerah ini mengambil langkah mengurangkan 20 peratus bagi harga sajian yang disediakan mereka.
Pengurus Ehsan Seaview Hotel, Muhammed Ridzuan Nordin berkata, hasil perbincangan bersama pihak pengurusan serta melihat harga yang ditawarkan hotel pesaing, pihaknya berharap pengurangan harga tersebut tetap dapat membantu pihak hotel menjana sedikit keuntungan selain memberi peluang kepada umat Islam berbuka puasa di hotel dengan harga lebih rendah.
Ketika Ramadan tidak ramai pelanggan berkunjung di hotel namun bufet Ramadan ini boleh membantu pihak hotel menjana sedikit keuntungan.
“Bagi kami, keuntungan sedikit namun apa yang lebih penting pelanggan dapat menikmati juadah yang sedap dengan harga yang berbaloi,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan Majlis Prapelancaran Bufet Ramadan di hotel tersebut, hari ini
Yang hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ehsan, Datuk Abdul Hamid P.V Abu.
Semalam, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, pengusaha hotel dan restoran disaran tidak menawarkan sajian atau bufet
PORT DICKSON: Kumpulan Syarikat Ehsan akan terus menumpukan sektor pelancongan hospitaliti dalam cabang perniagaannya mengambil kira fasa peralihan endemik yang semakin memulihkan sektor ekonomi ketika ini.
Pengerusi merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Ehsan, Datuk Abdul Hamid P. V Abdu berkata, selain hotel-hotel sedia ada di daerah ini serta di Pulau Pinang dan Langkawi, pihaknya bercadang untuk membuka dua buah hotel lagi selain melihat potensi pelancongan di Terengganu.
Dalam fasa peralihan ke endemik ini, sudha tentu kami mula memberikan lebih fokus kepada pelancongan hospitaliti seperti taman tema kami iaitu Ehsan Water Park di Pasir Panjang, Port Dickson dan Hotel Ehsan Seaview, Port Dickson selain sebuah hotel kami masing-masing di Pulau Pinang dan Langkawi.
“Kami masih dalam perbincangan bagi membina dua buah hotel lagi dan juga sedang melihat potensi pelancongan di Terengganu serta beberapa lokasi lain mengambil kira sempadan negara yang telah dibuka sejak 1 April lalu,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Jelajah Ihya Ramadan Ehsan anjuran Kumpulan Syarikat Ehsan di sini semalam.
Yang hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Palong, Mustapha Nagoor dan Ketua Pegawai Eksekutif Human Resource Development Corporation (HRDCorp), Datuk Shahul Hameed Dawood.
Sementara itu, Abdul Hamid berkata, pihaknya ketika ini telah mengambil seramai lebih 100 orang pekerja untuk bertugas di Ehsan Water Park dan Hotel Ehsan Seaview.
“Alhamdulillah, pembukaan kedua-duanya telah merancakkan ekonomi sekitar dan sehingga kini seramai lebih 100 orang telah diambil bekerja dengan 75 peratus merupakan pekerja tempatan iaitu dari sekitar daerah Port Dickson,” katanya.
Dalam pada itu, menurutnya, seramai 3,500 orang anak yatim, asnaf dan golongan memerlukan di seluruh negara menerima sumbangan menerusi Program Jelajah Ihya Ramadan Ehsan.
“Menerusinya, kami memberikan sumbangan sebanyak RM100 hingga RM150 setiap seorang termasuk bakul makanan selain kupon berbuka puasa. Ini merupakan salah satu program tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat kami bagi membantu golongan yang memerlukan di seluruh negara,” katanya lagi.
Melangkah ke lobi Hotel Ehsan Seaview yang luas dan moden berlatar belakangkan Selat Melaka membuatkan pengunjung terlupa seketika dengan hiruk pikuk kota. Laut yang terbentang menarik kaki anda segera keluar ke pantai untuk bermain-main ombak sambil menanti detik matahari terbenam. Pantai di situ sememangnya terkenal sebagai lokasi matahari terbenam paling indah di Port Dickson. Suasana indah langit bertukar jingga dengan…
Ehsan Seaview hotel sdn bhd,No. 325, Batu 1, Jalan Rumah Rehat, Kampung Bahasa Kapor, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia, REG No.201101003786 (1401898-T)
© 2021 All Right Reserved by Ehsan Seaview Hotel Port Dickson.